Friday 24 June 2011

bile faqihahrahman mule b'bicara

KISAH POKOK EPAL
   
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. 
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar 
pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik 
serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat 
lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut 
begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai 
budak tersebut.  
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang 
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di 
sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang 
kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.  
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.  
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan 
engkau," jawab budak remaja itu.  
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah 
budak remaja itu dengan nada yang sedih.  
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang 
ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat 
membeli permainan yang kau inginkan."  
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu 
dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal 
itu merasa sedih.  
Masa berlalu...  
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal 
itu merasa gembira. 
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. 
   
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk 
mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat 
perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak 
itu. 
   
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai  rumah. Tetapi kau boleh memotong 
dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. " 
Pokok epal itu memberikan cadangan.  
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok 
epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang 
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak 
kembali lagi selepas itu.  Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. 
Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan 
pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.  
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.  
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka 
bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita 
untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau 
menolongku?" tanya lelaki itu.  
"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau 
boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat 
belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu.  
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. 
Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali 
lagi selepas itu.  
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah 
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang 
pernah bermain di sekitar pokok epal itu.  
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. 
Aku sudah memberikan buahku untuk  kau jual, dahanku untuk kau buat 
rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan 
akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.  
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk 
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk 
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk 
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua 
itu. 
   
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.  
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan 
berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

  
SEBENARNYA,POKOK 
EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA 
ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA 
KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA.KETIKA 
KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK 
MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI 
MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN 
BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA 
ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN 
TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL 
ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA 
MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. 

ma abah...akak sayang ma n abah sgt2...
akk mnx maf klu akk da wat ma n abh kcik aty..

corak coret kehidupan FAQIHAH RAHMAN bersama mereka harap hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat